Lawatan Penanda Aras KPWKM ke Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM)
11 September 2026
Berikutan kelulusan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial 2026 (RUU PKS 2026), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Kesejahteraan Masyarakat (BKM) telah mengadakan satu Sesi Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) ke Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM).
Sesi penandaarasan ini bertujuan memperkasakan perancangan penubuhan Sekretariat Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) menerusi perkongsian amalan terbaik MPKBM merangkumi aspek tadbir urus dan struktur organisasi, sistem pendaftaran digital pengamal, mekanisme CPD dan akreditasi, serta kawal selia etika dan tatatertib.
KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MPKBM atas kesudian menerima delegasi KPWKM serta perkongsian pengalaman yang bernilai sepanjang fasa pengoperasian mereka.
Langkah ini diharap dapat memantapkan lagi persediaan pengoperasian MPKS kelak demi memartabatkan profesion kerja sosial di Malaysia!