LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT ROTARY INTERNATIONAL DISTRICT 3310 DAN 3300 KEPADA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      11 Mei 2026      Putrajaya    

KUNJUNGAN HORMAT ROTARY INTERNATIONAL DISTRICT 3310 DAN 3300 KEPADA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

11 Mei 2026

Hari ini, delegasi Rotary International Districts 3300 & 3310 telah memberi kunjungan hormat kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Encik Andre Suharto, Gabenor District Rotary.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkasakan komuniti di Malaysia. Antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah:

~ Inisiatif Inklusi Autisme Kebangsaan: Cadangan projek rintisan komuniti mesra autisme dan sokongan intervensi awal bagi keluarga B40.

~ Pemerkasaan Wanita & Daya Tahan Ekonomi: Melalui program keusahawanan, literasi digital/AI, dan latihan kemahiran untuk ibu tunggal.

~ Kesejahteraan Keluarga: Menyelaras usaha kebajikan kanak-kanak dan sokongan sistem kekeluargaan yang lebih mampan.

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi turut berkongsi inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kumpulan sasar. Kementerian berharap kerjasama yang erat bersama pihak Rotary diperkukuhkan dalam memastikan semua inisiatif kerajaan dirasai sehingga ke peringkat akar umbi dengan lebih berkesan.

ATAS
Accessbility Option