Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM PEKERTI NEGARA BIL.12025

Mesyuarat      25 April 2025      KPWKM    

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program PEKERTI Negara Bil.1/2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Aras 36 KPWKM.

Mesyuarat ini merupakan platform untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan program bagi menangani isu-isu berkaitan kesihatan reproduktif remaja. Ia adalah kerjasama strategik di antara agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang terlibat dalam Program PEKERTI Negara Tahun 2025 di bawah penyelarasan sekretariat LPPKN.

Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil-wakil pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan termasuk KPM, KPT, KBS, KKDW, KKM, JKM, JAKIM, PDRM, SKMM, JAKOA & JPNIN bersama rakan strategik Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Malaysian Against Pornography (MAP).

ATAS
Accessbility Option