Mesyuarat Pembukaan Pelaksanaan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) KPWKM 2025
19 Ogos 2025
YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pelaksanaan Inspektorat AKKP di Bilik Mesyuarat Utama Aras 36, KPWKM.
Program ini dijalankan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Ogos 2025 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) mengikut aspek dasar:
-Keselamatan perlindungan
-Keselamatan fizikal
-Keselamatan rahsia rasmi
-Keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ict
-Keselamatan peribadi
-Pengurusan kesinambungan perkhidmatan
KPWKM sebelum ini telah diberikan penarafan 5 bintang dan akan terus komited untuk terus mengekalkan pencapaian cemerlang ini.