LENSA KPWKM

SESI LAWATAN YBRS. TUAN TKSU (S) KE TAMAN SERI PUTERI (TSP) BATU GAJAH, PERAK

Lawatan      17 April 2026      Perak    

SESI LAWATAN YBRS. TUAN TKSU (S) KE TAMAN SERI PUTERI (TSP) BATU GAJAH, PERAK

17 APRIL 2026

Hari ini, YBrs. Encik Mohd Daud Bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyempurnakan lawatan pengoperasian ke Taman Seri Puteri (TSP) Batu Gajah, Perak.

Lawatan kerja ini bertujuan:

- Meninjau secara inklusif tatacara pengoperasian harian serta fasiliti yang disediakan di pusat tersebut.

- Meneliti mekanisme pengurusan penghuni bagi memastikan setiap aspek kebajikan dan proses pemulihan dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.

- Mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TSP Batu Gajah, JPKK dan JKM atas kerjasama sepanjang lawatan ini. Segala input yang diperoleh akan dijadikan asas dalam merangka strategi sokongan sosial yang lebih efektif, responsif, dan prihatin demi kesejahteraan golongan sasar.

Turut mengiringi beliau ialah Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani (Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik), Puan Norhadznita binti Mohammad Ilham (Setiausaha Bahagian Kolaborasi Strategik), Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat, serta pegawai-pegawai kanan dari JKM Ibu Pejabat dan JKM Negeri Perak.

ATAS
Accessbility Option