Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Kunak
23 Mei 2025
Terima kasih adik-adik pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Kunak atas kesudian menerima konvoi Kembara KASIH KPWKM bagi pelaksanaan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak.
Konvoi Kembara KASIH hadir bagi menggerakkan seluruh lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, komuniti setempat serta para pelajar agar bersama-sama melindungi kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka.
KPWKM melalui JKM amat prihatin terhadap isu keselamatan kanak-kanak, khususnya penderaan dan pengabaian. Melalui platform ini, besarlah harapan kami agar kanak-kanak dan komuniti setempat dapat memanfaatkan Talian Kasih 15999 atau aplikasi Whatsapp 019- 2615999 bagi kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang memerlukan bantuan segera.
Penglibatan semua pihak amat penting sebagai mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada KPWKM.