LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT TKSU OPERASI KPWKM KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH (SKN) SEMPENA KEMBARA KASIH KPWKM 2025

Program      12 Mei 2025      Sabah    

KEMBARA KASIH KPWKM edisi SABAH kini dalam fasa akhir persiapan sebelum dilancarkan pada 16 Mei 2025.

Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi (TKSU O) KPWKM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah di Kota Kinabalu. Turut serta dalam sesi taklimat, Datuk Norlijah Haji Danin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).

Kunjungan ini bagi memberikan taklimat persiapan akhir pelaksanaan program Kembara KASIH KPWKM yang akan dilaksanakan di Sabah bermula 16 hingga 25 Mei 2025.

SKN menyampaikan penghargaan kepada KPWKM atas inisiatif program Kembara KASIH ini dan memberikan pesanan dan nasihat untuk diambil perhatian supaya program ini dapat berjalan dengan lancar.

Pasukan Kembara KASIH KPWKM telah bersedia untuk mengembara dan menggegarkan 6 daerah di Sabah dengan pelbagai perkhidmatan KPWKM yang pastinya akan memberi manfaat khusus untuk urang Sabah.

Program Kembara KASIH KPWKM 2025 edisi Sabah akan singgah di 6 Daerah iaitu Tuaran, Papar dan Penampang bagi Zon 1 bermula 16 hingga 18 Mei 2025.

Zon 2 pula akan bermula dari 22 hingga 24 Mei 2025 bagi daerah Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

ATAS
Accessbility Option