LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH USAHA MENANGANI KEGANASAN RUMAH TANGGA

Program      12 November 2026      Kelantan    

KPWKM PERKUKUH USAHA MENANGANI KEGANASAN RUMAH TANGGA

12 November 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), merasmikan Simposium Pengukuhan Polisi kepada Realiti Keganasan Rumah Tangga: Mendepani Cabaran dan Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan di Kota Bharu, Kelantan.

Simposium ini menghimpunkan ahli akademik, pengamal undang-undang, pegawai perubatan, wakil agensi penguatkuasaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi meneliti cabaran di peringkat akar umbi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengetengahkan usaha KPWKM untuk menangani keganasan rumah tangga (KRT) dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

  •  Pencegahan dan advokasi
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melaksanakan Program Advokasi Aku Wanita@KRT bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keganasan rumah tangga dan langkah pencegahannya.

  •  Sokongan dan intervensi
KPWKM menyediakan khidmat kaunseling dan intervensi psikososial untuk membantu individu dan keluarga yang terkesan.

KPWKM komited untuk melindungi dan memperkasa kumpulan sasar dengan memperkukuh usaha pencegahan serta memudahkan akses kepada sokongan dan bantuan.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Wan Noraidah Wan Mohd Zain, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, serta barisan pengurusan tertinggi KPWKM dan pegawai daripada Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option