Kunjungan Hormat Daripada Merck Sdn. Bhd. Kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
9 Oktober 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menerima kunjungan hormat daripada Merck Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Pixie Yee bersama para delegasi syarikat tersebut bagi membincangkan potensi kerjasama strategik bersama KPWKM.
Sesi ini menjadi platform perbincangan awal untuk memperkenalkan Merck Sdn. Bhd. serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dalam bidang berkaitan kesihatan reproduktif, kesejahteraan keluarga dan kelestarian pembangunan komuniti, khususnya dalam konteks Malaysia.
KPWKM amat mengalu-alukan usaha sama dengan pihak swasta seperti Merck Sdn. Bhd. dalam memperluas jaringan kerjasama strategik demi memperkasa kumpulan sasar dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat secara holistik.
Turut hadir dalam sesi ini ialah pegawai-pegawai kanan daripada KPWKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).