LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT INDONESIA MALAYSIA THAILAND GROWTH TRIANGLE JOINT BUSINESS COUNSIL MALAYSIA (IMT-GT)

Mesyuarat      2 Mac 2026      Parlimen    

Kunjungan Hormat Delegasi Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2 Mac 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Joint Business Council Malaysia yang diketuai oleh Datuk Ir. Ts. Dr. Mahadi Mohamad bertempat di Parlimen Malaysia.

Fokus utama pertemuan ini adalah sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara IMT-GT dan KPWKM, khususnya melalui inisiatif TRISHA (Tri-Nation Sustainability, Honour, & Aspiration). Inisiatif ini bermatlamat untuk mengangkat serta mengiktiraf sumbangan, kepimpinan, dan inovasi wanita di peringkat serantau.

KPWKM menyambut baik usaha ini dan akan memperincikan cadangan tersebut di peringkat Kementerian bagi memastikan setiap kolaborasi yang dijalankan memberikan impak yang nyata serta mampan terhadap pemerkasaan ekonomi dan kepimpinan wanita.

ATAS
Accessbility Option