AGIHAN JUADAH HARI RAYA KPWKM
12 Mac 2026
Program Agihan Juadah Hari Raya KPWKM anjuran Surau Al-Hasanah KPWKM telah berlangsung dengan jayanya di ruang legar lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM amat berbesar hati dengan kehadiran dan kesudian YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyempurnakan agihan juadah berkenaan.
Juadah kali ini dalam bentuk 600 pek kerepek telah diagihkan kepada warga Kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPWKM.
Program ini bukan sahaja menyantuni warga kementerian, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhwah, menyemai semangat kebersamaan serta menghidupkan amalan bersedekah dalam kalangan warga KPWKM.
Semoga inisiatif seperti ini terus menyuburkan nilai ihsan dan kebersamaan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.