Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

LAWATAN KERJA YB MENTERI KPWKM KE SEKOLAH TUNAS BAKTI, TAIPING

Lawatan      14 March 2025      Taping, Perak    

Berpegang teguh kepada visi sebagai peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  komited untuk melindungi dan memperkasa kumpulan sasar kementerian.

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tunas Bakti (STB) Taiping iaitu sebuah institusi pemulihan akhlak bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun  yang termaktub dalam Seksyen 65 (1) AKK 2001 dan Peraturan Sekolah Yang Diluluskan 1981.

Dalam sesi lawatan kerja ini, YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai latar belakang, perkhidmatan dan pengoperasian STB Taiping oleh Puan Nor Tipah binti Majin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Antara perkhidmatan yang disediakan menerusi STB adalah jagaan dan pemulihan, bimbingan dan kauseling, latihan vokasional, pendidikan agama dan moral, sukan dan rekreasi serta perubatan dan kesihatan.

YB Menteri berkesempatan untuk meninjau aktiviti pembelajaran pelatih di dalam kelas pendidikan, bengkel kimpalan dan fabrikasi logam, bengkel jahitan pakaian lelaki, bengkel pendawaian elektrik dan bengkel pembuatan roti.

Dalam lawatan kerja ini, YB Menteri turut menghulurkan sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta menyampaikan pesanan dan kata-kata perangsang kepada 10 orang pelatih yang dibebaskan. Semoga pelatih-pelatih ini dapat menjadi insan yang berguna, berdikari sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara apabila keluar nanti.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Yang Berusaha Puan Nordina Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

ATAS
Accessbility Option