Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MAJLIS IHYA RAMADAN JKM BERKAT BERJASA, BERKAT RAMADAN KAREEM 1446H

Program      24 March 2025      Putrajaya    

Di saat kita meluangkan masa berbuka puasa bersama keluarga tercinta di bulan Ramadan yang mulia ini, ada dalam kalangan masyarakat kita yang diuji dengan kesempitan hidup. Justeru, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat meraikan kumpulan sasar Kementerian dalam Majlis Ihya Ramadan JKM Berkat Berjasa,  Berkat Ramadan dengan mendapat kerjasama daripada 99 Speedmart Sdn Bhd dan Yayasan Sime Darby.

Bagi meringankan beban dan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, sebanyak 1,700 bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas telah disumbangkan oleh 99 Speedmart kepada penerima bantuan JKM manakala agihan duit raya oleh Yayasan Sime Darby juga diberikan kepada 200 orang penerima. Selain itu, 17 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di empat buah negeri turut menerima sumbangan bakul makanan daripada yayasan tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meluangkan masa menyantuni kumpulan sasar Kementerian bersama ahli-ahli Pengurusan Tertinggi yang lain.

KPWKM berterima kasih kepada syarikat-syarikat korporat dan swasta yang menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama agensi di bawah Kementerian. Majlis ini pastinya dapat mengukuhkan lagi hubungan antara agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan sasar jabatan di samping menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Turut serta dalam majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YB Senator Isaiah A/L D Jacob, Ahli Dewan Negara, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, YBhg. Encik Yong Eng Kwang Ketua Pegawai Operasi, 99 Speed Mart, YBrs. Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sime Darby, serta pegawai – pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option