Bantuan dan sokongan diberikan dalam pelbagai cara bagi memastikan penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merasa selesa. Hari ini, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan terapi urutan MamaCare kepada wanita yang memerlukan penjagaan terutama mereka yang mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika tragedi berlaku.
Rata-rata penghuni PPS yang telah mencuba perkhidmatan MamaCare merasa selesa dan mendapat sedikit kelegaan.
Semoga kesemua mangsa tragedi segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala untuk menjalani kehidupan seharian.
Layari untuk maklumat lanjut
https://www.mamacare.my/mamacare/