Kemeriahan Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama YAB Perdana Menteri telah mula dirasai seawal pagi ini dengan kunjungan pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Alauddin Selinsing Perak ke reruai perkhidmatan yang disediakan oleh KPWKM selaku Penganjur Bersama majlis ini.
Dalam program ini, KPWKM membawa bersama perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), perkhidmatan Kafe Teen dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pelbagai perkhidmatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sekolah Kebangsaan Dato' Alauddin Selinsing yang menjadi tapak program hari ini mempunyai 421 orang pelajar dengan bilangan kekuatan guru seramai 32 orang.
Orang ramai yang berdekatan dijemput sama memeriahkan majlis ini.