Baru-baru ini diadakan sesi perjumpaan antara Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan delegasi dari Tanzania yang melibatkan wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Afrika Timur, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Huluan Petroleum, serta Lembaga Pinjaman Pelajar Pengajian Tinggi.
Sesi ini disertai oleh Puan Hafsah binti Abdul Aziz, Encik Ta Honn Yu. Cik Anis Syuhada Binti Azhar mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Puan Zufara Arneeda binti Zulfakar dan Puan Kok Li Kuan dari UTAR.
Turut hadir wakil-wakil Tanzania Mr. Swalehe Said Chondoma, Ketua Akauntan, Mr. Wilson Petro Gwoma, Penolong Pengarah Perancangan dan Perbelanjaan, Mr. Frank Lazaro Mollel, Ahli Ekonomi dan Mrs. Neema Mkemwa selaku Pengurus Perancangan.
Perbincangan ini memberi inspirasi dan idea baharu dalam memperkasakan wanita, pengurusan belanjawan berasaskan gender, serta peranan lelaki dalam institusi kekeluargaan. Delegasi Tanzania turut menyatakan minat mendalam untuk belajar daripada amalan terbaik Malaysia dalam isu ini.
Semoga jalinan kerjasama ini terus mengukuhkan hubungan antarabangsa dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.