KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada keluarga-keluarga yang terlibat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Height.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan menyantuni serta melawat PPS yang menempatkan mangsa-mangsa kejadian di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. Setakat hari ini, terdapat 382 yang ditempatkan di PPS ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di PKTK disambut DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Turut hadir sama, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor; YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Dato’ Seri Ayob Khan, Timbalan Ketua Polis Negara dan Dato’ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Iskandar Johor (YSIJ) dan YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.