LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH INSTITUT KAJIAN PEMBANGUNAN SABAH KEPADA MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      11 November 2026      Kuala Lumpur    

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT KAJIAN PEMBANGUNAN (SABAH) KEPADA MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

11 November 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menerima kunjungan hormat daripada Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) di Parlimen Malaysia.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada pembentangan draf Rangka Tindakan Wanita Sabah (Sabah Women’s Blueprint) 2026–2035. Rangka tindakan ini dirangka untuk memperkukuh penyertaan wanita di Sabah dalam pembangunan sosioekonomi dan kepimpinan, memperluas akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan mereka secara inklusif, selaras dengan agenda pembangunan negara.

KPWKM menyambut baik inisiatif ini dan bersedia menyokong usaha berterusan untuk memperkasa wanita di Sabah dan juga di seluruh negara.

Turut hadir ialah Puan Norhadznita Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian (Perancangan dan Kolaborasi Strategik); Puan Farah Kareena Hadenan, Timbalan Setiausaha Bahagian (Kanak-Kanak dan Keluarga); serta Puan Isabela Senti Anak Rijeng, Timbalan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

ATAS
Accessbility Option