LENSA KPWKM

LIVING YOUR GOLDEN YEARS REACHING OUT, TOUCHING LIVES CONFERENCE & EXHIBITION 2025

Program      24 Mei 2025      Petaling Jaya    

“Living Your Golden Years: Reaching Out, Touching Lives Conference & Exhibition 2025”

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah merasmikan “Living Your Golden Years: Reaching Out, Touching Lives Conference & Exhibition 2025” di College of Nursing School Assunta Petaling Jaya yang dianjurkan oleh Third Age Media Association.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa terdapat enam perkara utama yang perlu diambil kira dalam peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Warga Emas iaitu:

? Hak-hak warga emas
? Kesejahteraan warga emas dari aspek kesihatan dan sokongan sosial
? Mekanisme perundangan yang meliputi penderaan, pengabaian dan diskriminasi.
? Keselamatan ekonomi dari aspek skim pencen
? Penglibatan warga emas dalam komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat dan kemudahan mesra warga emas.
? Badan yang mengawal selia pelaksanaan dan pemantauan akta.

Selain itu, beliau turut menekankan beberapa perkara antaranya Populasi penuaan di Malaysia, Cabaran dalam penjagaan dan sokongan warga emas, Memperkasa penjaga kesihatan dan sokongan komuniti, Penggunaan digital dan scam dalam kalangan warga emas, Kehidupan bermaruah dan hak warga emas serta Perkongsian pengalaman sebenar dalam penjagaan warga emas dan kebajikan ibu bapa.

Persidangan ini turut menyaksikan penyampaian sijil oleh YBrs. Encik Mohd Daud kepada semua penaja persidangan.

Beliau bersama tetamu kehormat dan NGO juga berkesempatan berbincang untuk mendapatkan pandangan mengenai kandungan RUU Warga Emas dan isu-isu berkaitan warga emas.

Persidangan ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Datuk Panglima Dr. Lee Lam Thye. Turut serta dalam persidangan ini ialah YBrs. Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM serta wakil daripada Bahagian Warga Emas JKM.

ATAS
Accessbility Option