LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT DARI TSUK SARAWAK KE ATAS DATO KSU KPWKM

Mesyuarat      2 Mac 2026      KPWKM    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) di Putrajaya. 

Sesi pertemuan bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM ini bertujuan untuk memperkukuh sinergi kerjasama serta inisiatif strategik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kebajikan di Negeri Sarawak.

Turut hadir pada sesi tersebut ialah YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM, YM Ungku Mariam binti Ungku Mohd Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak.

ATAS
Accessbility Option