LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) KPWKM BIL. 4 TAHUN 2025

Mesyuarat      25 Februari 2026      KPWKM    

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) KPWKM Bilangan 4 Tahun 2025

25 Februari 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa komited dalam memastikan pengurusan kewangan kementerian dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berintegriti bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan memberi nilai tambah dan impak optimum kepada kumpulan sasar.

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) KPWKM Bilangan 4 Tahun 2025 (Suku Keempat Tahun 2025) bagi meneliti prestasi pengurusan kewangan dan akaun kementerian yang berakhir sehingga 31 Disember 2025.

YBhg. Datuk Dr. KSU turut menyeru supaya semua Ketua-ketua Bahagian/ Jabatan/ Agensi memastikan peruntukan tahun 2026 dapat dibelanjakan sepenuhnya mengikut jadual perancangan bagi memastikan manfaatnya sampai terus kepada rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM dan Ketua-ketua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option