Bengkel Penyelarasan Sektor Penjagaan di Malaysia
29 – 30 April 2026
Selaras dengan mandat yang diberikan oleh Kerajaan kepada KPWKM sebagai Kementerian Peneraju Sektor Penjagaan Negara, Bengkel Penyelarasan Sektor Penjagaan telah diadakan pada 29 hingga 30 April 2026 dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperhalusi gerak kerja Sektor Penjagaan di bawah inisiatif Belanjawan 2026.
KPWKM komited dalam memastikan sektor penjagaan di Malaysia dipertingkatkan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Pelaksanaan bengkel ini juga dijangka memberi impak signifikan dalam memperkukuh ekosistem penjagaan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.