Sesi Konsultasi Kebangsaan UNDP: Dari Komitmen Global ke Keutamaan Nasional: Strategi Kesaksamaan Gender
7 Januari 2026
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menghadiri dan menyampaikan ucapan pembukaan mewakili YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Sesi Konsultasi Kebangsaan Strategi Kesaksamaan Gender anjuran United Nations Development Programme (UNDP).
Sesi ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi wakil kementerian dan agensi kerajaan, sektor ekonomi, organisasi antarabangsa, akademia serta pakar bidang bagi membincangkan usaha menterjemahkan komitmen global kesaksamaan gender kepada tindakan nasional yang lebih berimpak, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan aspirasi Malaysia MADANI.
KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UNDP atas kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran berterusan dalam menyokong pembangunan dasar yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan wanita, keluarga dan komuniti.