Kunjungan Hormat Pertubuhan Projek Kemajuan Sosial, Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (SEDAP Malaysia) ke KPWKM dan Pusat Panggilan Talian Kasih
5 Mac 2026
Hari ini, YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Projek Kemajuan Sosial, Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (SEDAP Malaysia).
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memahami struktur dan fungsi KPWKM serta agensi di bawahnya, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat selain mendapatkan maklumat terkini mengenai program pembangunan dan bantuan sosial yang boleh disebarluaskan kepada komuniti setempat.
Selain itu, delegasi SEDAP turut melawat Pusat Panggilan Talian Kasih untuk mempelajari mekanisme pengendalian aduan, prosedur bantuan kecemasan serta koordinasi antara agensi dalam menangani kes-kes kebajikan dan perlindungan.
Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuh kefahaman mengenai fungsi dan peranan institusi kebajikan sosial dalam sistem pentadbiran negara.