Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

YBM KPWKM MENGHADIRI DAN SEBAGAI WAKIL KERAJAAN MALAYSIA KE MAJLIS RESEPSI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH DI MALAYSIA

Program      16 April 2025      Kuala Lumpur    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berbesar hati mewakili Malaysia dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Republik Rakyat Bangladesh yang telah diadakan pada 16 April 2025 di Kuala Lumpur.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah disambut mesra oleh TYT Md. Shameem Ahsan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia. Dalam ucapannya, YB Menteri menyampaikan ucapan selamat mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan serta rakyat Bangladesh sempena hari yang penuh bermakna ini.

Majlis ini mencerminkan hubungan diplomatik yang erat serta aspirasi bersama antara Malaysia dan Bangladesh, khususnya dalam bidang pemerkasaan wanita, kesejahteraan institusi keluarga, dan pembangunan komuniti yang inklusif.

KPWKM kekal komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa demi mengangkat martabat wanita, memperkukuh institusi kekeluargaan dan memastikan penyertaan aktif semua lapisan masyarakat.

KPWKM sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Republik Rakyat Bangladesh sempena Hari Kebangsaannya dan berharap hubungan baik ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

ATAS
Accessbility Option