LENSA KPWKM

LAWATAN RASMI RAJA PERMAISURI AGONG BERSAMA ISTERI PRESIDENT SINGAPURA

Lawatan      14 Julai 2026      Bangi    

Lawatan Pasangan Kepada TYT Presiden Republik Singapura Bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi Serlah Komitmen Malaysia Memperkasa Perkhidmatan Autisme

14 Julai 2026

Hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mengiringi isteri TYT Presiden Singapura, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam dalam lawatan ke Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi bersempena Lawatan Negara Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia yang bermula semalam.

Sepanjang lawatan, delegasi dibawa meninjau beberapa kemudahan utama di PPA Bangi, termasuk Bilik Activities of Daily Living (ADL), Bilik Terapi Carakerja (Occupational Therapy) dan gim. Delegasi turut diberikan penerangan mengenai pendekatan intervensi yang dilaksanakan, latihan kemahiran harian serta pembangunan potensi individu autisme secara menyeluruh.

Sehingga Jun 2026, seramai 93,199 individu autisme telah berdaftar dengan JKM. Peningkatan bilangan individu autisme yang berdaftar dengan JKM menunjukkan keperluan untuk terus memperkukuh penyediaan perkhidmatan autisme yang berkualiti dan mudah. Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi yang diuruskan menerusi kerjasama strategik antara sektor awam dengan National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan PDK Damansara Damia menyediakan pelbagai perkhidmatan intervensi dan terapi kepada individu autisme, selain berperanan sebagai pusat rujukan nasional dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan autisme di seluruh negara.

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terus memastikan kebajikan dan keperluan setiap individu autisme terpelihara agar mereka dapat mencapai potensi terbaik tanpa mengira latar belakang, seterusnya menjalani kehidupan yang lebih berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan saksama.

ATAS
Accessbility Option