ASEAN ICT Forum 2026 on Child Online Protection bertemakan “Stronger Safeguards, Stronger Voices: Advancing Collective Action Against Online Child Exploitation and Abuse” telah diadakan pada 4 hingga 5 November 2026 di Manila, Filipina.
Forum strategik serantau ini menghimpunkan wakil industri, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), orang muda dari negara anggota ASEAN, dan organisasi antarabangsa dalam satu matlamat iaitu memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber.
Fokus utama perbincangan forum kali ini merangkumi:
- Menangani ancaman terkini eksploitasi & penderaan kanak-kanak dalam talian
- Merangka pendekatan pencegahan & tindak balas proaktif yang berkesan
- Berkongsi kemajuan, inovasi dan amalan terbaik dari seluruh rantau ASEAN.
Salah satu pengisian forum ialah Bengkel “From Commitment to Action: Shaping the Next Phase of the Extended ASEAN RPA COEA”. Bengkel ini bertujuan mengenal pasti inisiatif kebangsaan yang boleh menjadi keutamaan serantau indikatif di bawah Extended ASEAN Regional Plan of Action on the Protection of Children from All Forms of Online Exploitation and Abuse (2026–2030).
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwakili oleh Puan Wan Nur Izzati Wan Hanapi dari Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga serta Encik Mohamad Yusnaily Mohamad Yusof dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, JKM. Delegasi Malaysia turut dihadiri oleh Encik Kamarudin bin Abdul Rani, Kementerian Komunikasi, Encik Shaharizan bin Ibrahim, Kementerian Pendidikan, Puan Aimi Syazwani binti Sarmin dari Jabatan Peguam Negara, Encik Darryl Adrien bin Nihal dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Inspektor Syazwani binti Sazali dari Polis DiRaja Malaysia.
Penglibatan Malaysia di dalam forum ini dilihat akan menyumbang dalam usaha memperkukuh kerjasama dan tindakan kolektif ASEAN bagi memastikan persekitaran digital yang selamat, inklusif dan berteraskan hak kanak-kanak.