LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS ANTARA KEMENTERIAN AGENSI DAN NGO BAGI PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN (NAP) - WOMEN, PEACE & SECURITY (WPS)

Program      23 Julai 2025      Kuala Lumpur    

Sesi Libat Urus Antara Kementerian/Agensi dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Bagi Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan (NAP) - Women, Peace & Security (WPS)

KPWKM terus komited dalam memajukan agenda Women, Peace and Security (WPS) di Malaysia dengan memastikan penglibatan semua pihak selaras dengan pendekatan Whole of Government dan Whole of Society. Sehubungan itu, pada 22 dan 23 Julai 2025, sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan telah diadakan bagi mendengar maklum balas dan pandangan dalam Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi WPS.

Sesi ini telah berjaya menghimpunkan wakil dari 16 Kementerian/Agensi dan lebih dari 30 pertubuhan badan bukan kerajaan dalam memperhalusi hala tuju pelaksanaan Pelan Tindakan WPS Malaysia, mengenal pasti peranan khusus kementerian/agensi yang terlibat, serta menyelaras tindakan strategik ke arah memperkasakan peranan wanita dalam aspek keamanan dan keselamatan negara.

KPWKM juga telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia untuk mereka berkongsi pengalaman, cabaran dan amalan baik dalam memajukan lagi agenda WPS. Sesi libat urus ini adalah antara langkah proaktif Malaysia dalam menyahut seruan Resolusi 1325 Majlis Keselamatan PBB, yang mengiktiraf peranan wanita dalam mencegah konflik, memelihara keamanan, dan membina masyarakat yang lebih adil serta inklusif.

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Kementerian/Agensi dan pertubuhan badan bukan kerajaan yang hadir serta menyumbang secara langsung dalam perbincangan ini.

ATAS
Accessbility Option