LENSA KPWKM

LAWATAN YBM KPWKM KE PUSAT PERKHIDMATAN AUTISME, PLPP BANGI

Lawatan      14 April 2026      PLPP, Bangi    

Lawatan YB Menteri KPWKM Ke Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi

14 April 2026

Pusat autisme memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan, intervensi dan ruang perkembangan yang kondusif buat individu autisme. Bagi memastikan kebajikan dan keperluan golongan ini terus diberi perhatian, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM hari ini telah melawat Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan saringan serta kemudahan yang disediakan di pusat tersebut.

PPA Bangi menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pengesanan awal autisme, terapi multidisiplin serta program sokongan kepada ibu bapa dan komuniti. Lawatan ini turut menjadi platform untuk mendengar pandangan pengurusan dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan kepada anak-anak autisme.

Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasa komuniti autisme agar mereka terus diberi peluang untuk berkembang secara holistik.

Turut sama hadir dalam sesi lawatan ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, YBrs. Encik Pathmanathan A/L R. Nalasamy, Pengarah JPOKU, YBrs. Tuan Hj. Azmir Bin Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YBrs. Encik Arfan Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan serta YBrs. Puan Hanani Sidek, Pengarah Bahagian Pengurusan.

ATAS
Accessbility Option