LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2026

Mesyuarat      15 Januari 2026      Sarawak    

KPWKM Perkukuh Perancangan Pelaksanaan Program/Projek Pembangunan Tahun 2026

15 Januari 2026

KPWKM terus komited dalam memperkukuh perancangan pelaksanaan program/projek di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Tahun 2026.

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 1 Tahun 2026 bagi mendengar perancangan pelaksanaan 48 program/projek pembangunan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026.

Dalam masa yang sama, Bahagian Pembangunan, KPWKM juga telah membentangkan rumusan prestasi perbelanjaan program/projek pembangunan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025. Selain itu, Mesyuarat JTPK KPWKM pada kali ini turut mendengar pembentangan mengenai mekanisme pelaksanaan tujuh (7) program di bawah peruntukan B.11 Tahun 2026.

Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM dan Ketua-Ketua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option