LENSA KPWKM

FORUM AGENDA WANITA NEGARA 2026

Program      10 Mac 2026      Kuala Lumpur    

Forum Agenda Wanita Negara 2026

10 Mac 2026

Bertepatan dengan tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 iaitu “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, telah diadakan Forum Agenda Wanita Negara yang menyorot peranan wanita dalam industri kreatif, kesaksamaan gender serta pembinaan ekosistem pekerjaan inklusif.

Antara tokoh dan topik yang diketengahkan:

* Puan Hajah Mahuran Saro Dato’ Haji Sariki, Naib Presiden Talent Corporation Malaysia Berhad
# Membina Ekosistem Pekerjaan Inklusif Melalui Sinergi Kerajaan dan Swasta

* Puan Normah Shahrom, Pengurus Kanan Sumber Manusia Technocom Systems Sdn. Bhd
# Kesaksamaan Gender Teras Kecemerlangan Organisasi

* YBhg. Dato’ Indera Tom Abang Saufi, Pengasas & Pereka Tom Abang Saufi
# Wanita Pencetus Perubahan Dalam Industri Kreatif

Kementerian Pembangunan Wanita melalui Jabatan Pembangunan Wanita terus komited mengangkat wanita bukan sahaja sebagai tunjang keluarga dan masyarakat, tetapi juga sebagai rakan kongsi strategik dalam pembangunan Malaysia MADANI.

Hadir sama dalam Forum ini ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, KSU KPWKM, Pegawai-pegawai kanan Kementerian serta rakan-rakan strategik KPWKM.

ATAS
Accessbility Option