LENSA KPWKM

PROGRAM TOLERANSI SIFAR KEGANASAN SAY NO TO SEXUAL HARASSMENT NEGERI SEMBILAN

Program      18 Jun 2026      Negeri Sembilan    

Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment Negeri Sembilan

18 Jun 2026

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai usaha memperkukuh kesedaran awam dan membudayakan persekitaran yang selamat, kondusif serta inklusif untuk semua.

YB Timbalan Menteri KPWKM dalam ucapannya menegaskan bahawa gangguan seksual merupakan salah laku serius yang menjejaskan maruah, emosi dan kesejahteraan mangsa dan tidak boleh dinormalisasikan dalam masyarakat.

Kerajaan telah mengambil langkah tegas dalam menangani isu gangguan seksual melalui penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]. Akta ini memperkukuh usaha pencegahan, pengendalian aduan dan perlindungan mangsa secara lebih menyeluruh dan sistematik.

Dalam masa yang sama, Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) diwujudkan sebagai mekanisme alternatif yang lebih cepat, mudah dan kos berpatutan untuk mangsa mendapatkan keadilan.

KPWKM menyeru kepada semua pihak memperluaskan advokasi berkaitan gangguan seksual bagi meningkatkan kesedaran awam tentang hak, keselamatan diri dan kepentingan pencegahan dapat ditangani dari peringkat awal.

Dalam program tersebut, YB Timbalan Menteri KPWKM telah menyerahkan notis Hentikan Gangguan Seksual kepada rakan-rakan strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai usaha memperluaskan advokasi berkaitan gangguan seksual.

ATAS
Accessbility Option