LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG BILANGAN 1 TAHUN 2026

Mesyuarat      31 Julai 2026      KPWKM    

MESYUARAT JAWATANKUASA PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG (JPPMPO) BILANGAN 1 TAHUN 2026

31 Julai 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan dan Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang (JPPMPO) Bilangan 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan antara kementerian, jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu-isu penjagaan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Antara agenda utama ialah Kertas Pertimbangan: Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Penjagaan dan Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang.

Turut hadir ialah wakil daripada Pejabat Strategik Nasional (NSO MAPO), Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta wakil Rumah Perlindungan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

ATAS
Accessbility Option