Kunjungan Hormat Oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia Ke Atas YB Menteri KPWKM
6 November 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima kunjungan hormat daripada Her Excellency Ms. Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, di Bangunan Parlimen Malaysia.
Delegasi Australia turut disertai oleh Ms. Gabriela Brand, Setiausaha Kedua dan Ms. Mahirah Marzuki, Pengurus Program, Suruhanjaya Tinggi Australia.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai bidang kerjasama dua hala antara Malaysia dan Australia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta potensi kerjasama dalam ekonomi penjagaan (care economy) dan pembangunan komuniti inklusif.
YB Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan Malaysia, termasuk melalui inisiatif dan program pembangunan kapasiti di bawah kerangka APEC dan ASEAN yang memberi manfaat kepada golongan wanita dan keluarga.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah pegawai kanan KPWKM iaitu YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif (Timbalan Ketua Setiausaha – Strategik), Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani (Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik), Dr. Satish a/l Ranggayah (Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa), Dr. Faridah binti Awang (Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita), Puan Fatimah Zuraidah binti Haji Salleh (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kolaborasi Strategik), wakil daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pegawai-pegawai daripada Jabatan/Bahagian terlibat.
Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat Malaysia–Australia dalam memperkasa agenda pembangunan sosial dan pemerkasaan wanita.