LENSA KPWKM

MAJLIS PENYERAHAN PLAK TASKA BERDAFTAR NEGERI SABAH

Program      23 Mei 2025      Sabah    

Majlis Penyerahan Plak TASKA Berdaftar Negeri Sabah

24 Mei 2025

Bagi memastikan sistem pengasuhan dan penjagaan awal kanak-kanak di negara ini berada pada tahap yang baik, selamat dan berkualiti, konvoi Kembara KASIH KPWKM turun padang bagi Pemasangan Plak TASKA Berdaftar di TASKA Superkids, Tawau.

Pemasangan Plak TASKA Berdaftar ini merupakan inisiatif KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa TASKA tersebut telah mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Dalam majlis ini turut disampaikan Plak TASKA Berdaftar kepada pengusaha TASKA Berdaftar bahagian Tawau serta penyampaian cek cura Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA negeri Sabah kepada Puan Caroline Ng.

Besarlah harapan kami agar semua pengusaha TASKA yang masih belum mendaftar untuk tampil segera berbuat demikian. Kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan sentiasa bersedia membantu dan mempermudah proses pendaftaran agar lebih banyak TASKA beroperasi secara sah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

ATAS
Accessbility Option