PEMBENTANGAN CADANGAN INISIATIF UTAMA KPWKM BELANJAWAN TAHUN 2026
20 Ogos 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Cadangan Inisiatif Utama KPWKM bagi Belanjawan Tahun 2026.
KPWKM telah menyenaraikan cadangan inisiatif utama Kementerian bagi persediaan Belanjawan Tahun 2026 yang bertemakan Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat dalam menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Penyediaan Cadangan Inisiatif Utama KPWKM bagi Belanjawan Tahun 2026 turut melibatkan semua Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM dalam memastikan aspirasi rakyat diterjemah ke dalam dasar-dasar Kementerian yang berkaitan secara mampan dan inklusif.
Melalui Belanjawan Tahun 2026, KPWKM akan terus memperkasa wanita, memperkukuh institusi keluarga dan membela golongan memerlukan demi masyarakat yang lebih sejahtera.