LENSA KPWKM

PROGRAM GEMPAK INSPIRASI @ SEPAGI BERSAMA PERSEKUTUAN PERKUMPULAN WANITA SARAWAK (PPWS)

Program      16 Ogos 2025      Sarawak    

Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS)

16 Ogos 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini merasmikan Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Dewan Wisma Sabati, Petra Jaya.

Program ini menyemarakkan solidariti wanita, menyediakan platform ilmu dan memperkukuh sokongan komuniti akar umbi. Ia juga mencerminkan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pertubuhan masyarakat dalam memperkukuh institusi wanita, keluarga dan komuniti.

Selaras dengan prinsip Malaysia MADANI, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut mengangkat nilai K.A.S.I.H – Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu dan Harmoni sebagai asas dalam setiap dasar dan pelaksanaan program-program kementerian.

Kerjasama dengan PPWS merupakan langkah strategik untuk memperkasa wanita luar bandar melalui program keusahawanan, pendidikan keluarga dan sokongan komuniti.

Turut hadir, YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBhg. Dato Hajah Norhyati Binti Haji Mohd Ismail, Pengerusi Negeri, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi Kementerian serta barisan kepimpinan PPWS.

ATAS
Accessbility Option