LENSA KPWKM

KPWKM BANTU MANGSA KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN PANTAI DALAM

Lawatan      9 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

KPWKM BANTU MANGSA KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN PANTAI DALAM

9 Ogos 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyantuni mangsa kebakaran rumah setinggan Jalan Pantai Dalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah rendah Agama Al Khawarismi, Jalan Pantai Permai 7, Lembah Pantai.

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengendalikan PPS bagi mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan menyalurkan bantuan awal seperti pakaian, selimut, bantal, kit kebersihan diri dan kemudahan makanan empat kali sehari bagi menjaga kebajikan dan keselesaan mangsa.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri juga telah menyampaikan bantuan segera bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat berbentuk wang tunai bernilai RM300.00 kepada mangsa yang terlibat.

KPWKM akan terus meneliti bentuk bantuan lain yang boleh diberikan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka selepas ditimpa musibah. Kementerian ini turut menyeru badan-badan NGO dan pihak swasta turut bersama-sama Kerajaan dalam menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa yang terlibat.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

ATAS
Accessbility Option