Forum Ekonomi Malaysia 2026
5 Februari 2026
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghadiri Forum Ekonomi Malaysia 2026 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
YB Menteri turut menjadi salah seorang panel bagi berkongsi strategi kementerian dalam mempersiapkan Malaysia ke arah status Negara Menua.
Forum ini menghimpunkan pakar dan pemikir ekonomi dari seluruh dunia bagi membincangkan pelbagai isu strategik yang memberi kesan kepada hala tuju ekonomi negara.
Komitmen Kerajaan terus diperkukuh melalui penambahbaikan penjagaan jangka panjang, peningkatan simpanan persaraan serta pelaksanaan projek bandar mesra Warga Emas demi kesejahteraan rakyat.