Kunjungan Hormat Pengerusi SUHAKAM kepada YB Menteri KPWKM
24 Februari 2026
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Pengerusi SUHAKAM, YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus di Parlimen Malaysia.
Sesi pertemuan ini bertujuan untuk:
* Membincangkan isu-isu semasa berkaitan hak asasi Orang Kurang Upaya(OKU).
* Membincangkan urusan Semakan Akta OKU 2008 [Akta 685] , penyediaan Laporan Negara Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) dan urusan lain di bawah KPWKM.
Hadir sama ialah Pesuruhjaya SUHAKAM, Puan Bathmavathi Krishnan serta pegawai-pegawai kanan daripada KPWKM dan SUHAKAM.
KPWKM kini sedang berusaha menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan kepada OKU bagi memastikan perlindungan, pembangunan, serta pemerkasaan OKU selari dengan agenda inklusiviti nasional.