LENSA KPWKM

ASEAN REGIONAL FORUM ON ADVANCING GENDER MAINSTREAMING TOWARDS ASEAN 2045

Mesyuarat      14 September 2026      Kemboja    

ASEAN Regional Forum on Advancing Gender Mainstreaming towards ASEAN 2045

14-16 September 2026
Siem Reap, Kemboja

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama wakil-wakil negara anggota serta badan sektoral ASEAN baru-baru ini telah meneliti kemajuan pelaksanaan “ASEAN Gender Mainstreaming Strategic Framework (AGMSF) 2021–2027”, di samping mengenal pasti cabaran dan pendekatan merentas bidang untuk memperkukuh pelaksanaannya di peringkat serantau.

Malaysia turut berkongsi pengalaman dalam mengintegrasikan perspektif gender ke dalam dasar, perancangan dan penyampaian program menerusi sesi “National-Level Good Practices and Experiences on Gender Mainstreaming”, khususnya komitmen menterjemahkan gender kepada tindakan yang praktikal, boled diukur dan memberi kesan.

Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato’ Ruziah Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM, manakala perkongsian Malaysia disampaikan oleh Puan Safriah Md. Adzhar, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga, KPWKM.

Program berkaitan diteruskan dengan “The 9th Meeting of the Advisory Group on Women, Peace and Security in ASEAN” pada 16 September 2026, dengan Malaysia diwakili oleh Encik Sapian Mamat, dari Jabatan Pembangunan Wanita.

Forum ini menghimpunkan pengalaman dan pendekatan daripada pelbagai sektor bagi memastikan agenda mengarus perdanakan gender bergerak seiring dengan pelaksanaan ASEAN 2045: Our Shared Future.

ATAS
Accessbility Option