LENSA KPWKM

ACARA SAMPINGAN (SIDE EVENT) MENGENAI HAK KANAK-KANAK BERSEMPENA SESI KE-59 HUMAN RIGHTS COUNCIL, GENEVA, SWITZERLAND

Mesyuarat      6 Julai 2025      Geneva, Switzerland    

ACARA SAMPINGAN (SIDE EVENT) MENGENAI HAK KANAK-KANAK BERSEMPENA SESI KE-59 HUMAN RIGHTS COUNCIL, GENEVA, SWITZERLAND

Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bersama-sama menjayakan penganjuran acara sampingan (side event) bersempena Sesi Ke-59 Human Rights Council bertajuk “Upholding Child Rights in Malaysia: Progress, Partnership and Participation”.

Acara ini yang dianjurkan secara hibrid (secara dalam talian dan fizikal di Geneva, Switzerland) telah mengupas berkenaan kejayaan-kejayaan yang telah diraih berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia selain membincangkan cabaran-cabaran di masa akan datang.

YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyampaikan ucapan pembukaan dan KPWKM turut terlibat sebagai ahli panel semasa sesi perbincangan dengan diwakili oleh Puan Farah Kareena binti Hadenan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM.

Ahli panel lain yang turut hadir ialah Dr. Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Puan Fanny Rotino, Child (Online) Protection Officer, International Telecommunication Union (ITU), Ms. Sophie De Coninck, Head of Operations in Fundamentals Branch in Governance Department, International Labour Organization (ILO) dan Cik Emilyn Ayra Binti Khairul Hisham, Wakil Majlis Perwakilan Kanak-Kanak SUHAKAM.

Penganjuran acara sampingan ini cukup istimewa memandangkan 2025 merupakan ulang tahun ke-30 Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of Child, CRC). KPWKM amat menghargai usaha dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak dalam mengangkat hak kanak-kanak dan sentiasa bersedia untuk menggembleng tenaga bagi terus memperkasakan lagi isu kanak-kanak di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option