LENSA KPWKM

RAKAMAN MANDUL BUKAN PILIHAN

Program      26 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

Setiap perjalanan mendapatkan zuriat itu unik, ada yang mudah dan ada yang penuh cabaran. Sokongan moral, empati dan keprihatinan masyarakat mampu memberi kekuatan besar kepada mereka yang sedang berusaha.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meluangkan masa di Astro untuk sesi temu bual yang membincangkan topik berkenaaan kesuburan dan fertiliti.

Antara bentuk sokongan yang sedang dilaksanakan adalah program kesedaran mengenai kesuburan di seluruh negara, termasuk khidmat kaunseling dan sesi sokongan emosi bagi pasangan yang berdepan cabaran ini. Pendekatan tersebut tidak hanya tertumpu kepada wanita, malah turut merangkumi para suami melalui Klinik Kesejahteraan Lelaki, yang memberi fokus kepada isu psikoseksual lelaki berkaitan kesuburan.

Kementerian melalui LPPKN juga telah memperkenalkan Program Subsidi Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI). Program ini termasuk bantuan rawatan permanian beradas (IUI) bagi meringankan beban kewangan pasangan.

KPWKM akan terus komited membantu pasangan yang memerlukan, sama ada melalui promosi kesedaran, pemberian sokongan emosi, mahupun penyediaan akses rawatan yang bersesuaian.

ATAS
Accessbility Option