LENSA KPWKM

KPWKM SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H/ 2025M

Program      5 September 2025      Selangor    

KPWKM Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/ 2025M

5 September 2025

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025 hari ini. Kontinjen yang diketuai oleh Encik Hanapi bin Mohammad Hanipah, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan disertai seramai 55 orang wakil daripada pelbagai Bahagian dan Unit di KPWKM.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Zarith Sofiah. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dengan tema “Membangun Ummah MADANI”, acara yang melibatkan 6,165 peserta daripada 120 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta pada tahun ini membawa mesej utama tentang kepentingan hijrah, kefahaman dan penghayatan nilai kepimpinan Rasulullah SAW dalam membina ummah yang adil, penyayang dan berdaya saing.

Sambutan Maulidur Rasul SAW merupakan acara rasmi Kerajaan yang diraikan setiap tahun di peringkat Persekutuan dan Negeri, selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. Ia bukan sekadar memperingati kelahiran Rasulullah SAW, tetapi juga wadah untuk meneladani sunnah, perjuangan serta kepimpinan Baginda yang penuh keadilan dan ihsan sesuai dengan prinsip MADANI.

Mari kita hidupkan hari-hari di bulan penuh barakah ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW.

??????????? ????? ????? ?????????? ?????????

ATAS
Accessbility Option