Program Wanita Dinamik @ KPWKM
13 September 2025
YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah meneruskan lawatan kerja beliau ke The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah bagi merasmikan Program Wanita Dinamik
@KPWKM yang berlangsung dengan penuh semangat dan inspirasi.
Program ini menghimpunkan seramai 150 peserta dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang terdiri daripada wanita pelbagai latar belakang yang bersemangat untuk memperkasa diri dan meningkatkan taraf hidup melalui pelbagai inisiatif yang ditawarkan.
YB Datuk Seri Dr Noraini turut menyampaikan geran kepada beberapa peserta terpilih sebagai dorongan untuk mereka terus berusaha dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada para penerima dan memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta agar tidak berputus asa dalam mengejar kejayaan dan memperkukuh ekonomi keluarga masing-masing.
Program ini turut menampilkan beberapa slot ceramah yang menarik dan bermanfaat seperti Slot Women in Halal, Slot Inspirasi Wanita, Slot Therapy Relaxation, dan Slot Transformasi Pesona, yang disampaikan oleh wanita-wanita hebat dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Ceramah-ceramah ini bertujuan untuk memberi inspirasi, ilmu dan motivasi kepada para peserta agar lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran kehidupan serta dunia keusahawanan.
Turut hadir dalam program ini ialah YBrs Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), bersama pegawai-pegawai kanan dari Kementerian dan agensi.