ASEAN High-Level Forum on Child Care Reform: Strengthening Family Care and Child Protection Systems
24-25 September 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membentangkan Kerangka Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak Malaysia dalam Sesi Plenari 5 sempena ASEAN High-Level Forum on Child Care Reform: Strengthening Family Care and Child Protection Systems berlangsung dari 24 hingga 25 September 2026 di Pasay City, Filipina.
Pembentangan oleh Puan Nurul Ellda Baharudin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM di forum itu yang bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam mempromosikan penjagaan kanak-kanak berasaskan keluarga selaras dengan prinsip kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (best interests of the child) selain menyumbang ke arah pembangunan ASEAN Declaration on Child Care Reform: Strengthening Family Care and Child Protection Systems.
Delegasi Malaysia turut diwakili oleh Puan Sharizad Sulaiman dari Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Ms. Lee Su-Anne dari UNICEF Malaysia.