LENSA KPWKM

KURSUS CONTENT CREATOR DAN PENYUNTINGAN VIDEO KPWKM 2025

Latihan      28 Julai 2025      Selangor    

Kursus Content Creator dan Penyuntingan Video KPWKM 2025

28 - 30 Julai 2025

Seiring perkembangan teknologi digital masa kini, penyampaian maklumat perlu disampaikan secara kreatif dan inovatif. Setiap gambar yang diambil, setiap video yang dirakam dan setiap infografik yang dihasilkan perlu disusun secara strategik, berinformasi dan menarik agar mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Bagi mendepani cabaran ini, Unit Komunikasi Korporat (UKK KPWKM) telah menganjurkan Kursus Content Creator dan Penyuntingan Video yang telah berlangsung dari 28 Julai sehingga 30 Julai 2025. Kursus ini melibatkan seramai 40 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit, Bahagian, Jabatan serta Agensi di bawah KPWKM.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan teknik dalam fotografi dan videografi antaranya:

  • Memahami fungsi kamera di dalam ‘smartphone’.

  • Menguasai komposisi gambar seperti ‘Rule of Third’, ‘Framing’, ‘Reflection’ dan ‘Leading Line’.

  • Teknik ‘editing’ gambar dan video yang mudah dengan aplikasi percuma. 

  • Teknik kawalan audio dan pergerakan kamera ketika rakaman video.

  • Menghasilkan reka grafik dengan aplikasi Canva.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah dibimbing secara langsung oleh tenaga pengajar profesional dari Saiful Nang Academy melibatkan pengetahuan teori dan latihan praktikal.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan mesej organisasi secara lebih dinamik, kreatif dan berdaya saing seiring ekspektasi semasa.

KPWKM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Saiful Nang Academy atas kesudian berkongsi ilmu bersama para peserta. Kreativiti yang dipandu oleh ilmu bukan hanya indah pada pandangan, tetapi memberi makna yang membekas di jiwa.

ATAS
Accessbility Option