LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN) BIL.12025

Mesyuarat      9 Mei 2025      Putrajaya    

Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri hari ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sosial Negara.

Majlis Sosial Negara (MSN) merupakan platform penting dalam memperkukuh pelaksanaan Dasar Sosial Negara (DSN) yang menjadi dasar payung pembangunan sosial yang holistik dalam usaha membina masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis Sosial Negara berperanan menyelaras isu-isu sosial merentasi pelbagai Kementerian dan agensi, serta memacu usaha bersepadu secara “whole of nation” ke arah penyelesaian yang inklusif dan mampan.

Sebanyak tiga kertas pembentangan telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:

i. Kertas Pertimbangan 1: Strategi Penyelesaian Pendaftaran, Kurikulum dan Tenaga Pengajar bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ii. Kertas Makluman 1: Status dan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak GISB Holdings oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

iii. Kertas Makluman 2: Pembangunan Sistem Penjagaan Jangka Panjang di bawah Teras 5 Kerangka Tindakan Penuaan Kebangsaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid menyeru semua pihak kerajaan, NGO, sektor swasta dan masyarakat sivil untuk berganding bahu menjayakan pembangunan sosial negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Urusetia MSN, YB Menteri-Menteri, YB Timbalan Menteri serta pegawai kanan pelbagai agensi kerajaan.

ATAS
Accessbility Option