LENSA KPWKM

KURSUS PEMBANTU KHIDMAT AM KPWKM

Latihan      17 Ogos 2025      Negeri Sembilan    

Kursus Pembantu Khidmat Am KPWKM

Peranan Pembantu Khidmat Am (PKA) amat penting sebagai tulang belakang dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran serta operasi harian di Kementerian. Menyedari kepentingan tersebut, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPWKM telah menganjurkan Kursus Pembantu Khidmat Am KPWKM pada 15 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson melibatkan seramai 34 orang peserta.

Kursus ini bertujuan bagi melengkapkan Pembantu Khidmat Am dengan kemahiran teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi terkini bagi memudahkan kerja dan tugasan harian di samping melahirkan PKA yang mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

Turut diadakan Sesi Khas Bersama Ketua Pegawai Digital Kementerian, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi. Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua peserta menjadi agen perubahan digital yang mampu mengurus tugasan dengan lebih tangkas dan cekap serta sentiasa memperkukuh penguasaan teknologi

Kursus ini bukan sahaja membuka ruang pembelajaran baharu, malah turut menjadi pemangkin kepada usaha Kementerian dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi, progresif dan seiring dengan kemajuan teknologi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.

ATAS
Accessbility Option