LENSA KPWKM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KALI KE 23 TAHUN 2026

Mesyuarat      30 Mac 2026      KPWKM    

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali Ke 23 Tahun 2026

30 Mac 2026

PUSPANITA Cawangan KPWKM hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 23 Tahun 2026.

Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan KPWKM.

Pelaksanaan Mesyuarat Agung kali ini telah membentangkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2025 serta turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA sesi 2026/2028.

YBhg. Datuk Dr. KSU melalui ucapannya menyatakan bahawa aktiviti berpersatuan yang dilaksanakan telah memberi impak positif dan dapat memenuhi objektif utama penubuhan PUSPANITA iaitu merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri dan anggota-anggota perkhidmatan awam selain menimba ilmu pengetahuan baharu yang disalurkan melalui persatuan.

Selain itu, YBhg. Datuk Dr. KSU juga mengingatkan agar ahli PUSPANITA terus memperbaiki diri, membulatkan tekad untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti dalam pekerjaan seharian ataupun dalam persatuan yang merupakan asas utama kepada keabsahan serta kredibiliti perkhidmatan awam.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita merangkap Pengerusi PUSPANITA, YBrs Puan Fatimah Zuraidah binti Hj. Salleh, Ketua Penolong Setiausaha KPWKM merangkap Timbalan Pengerusi I dan YBrs. Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara merangkap Timbalan Pengerusi II.

ATAS
Accessbility Option